GADUH DENGAN TAHI
Sejak balik dari Tioman, badan ni tak pernah nak rehat dengan secukupnya. ada saje aktiviti yang nak dibuat. mengeluh dalam diri "badan penat" "badan penat" "badan penat". tu je yang selalu aku mengeluhkan setiap hari. tak tahu mana hilangnya kecergasan diri.
Jadi, seminggu selepas balik dari Tioman, ada sorang sahabat mengajak pergi ke Perak. berjalan-jalan makan angin katanya. kalau di ikutkan hati, mahu saja aku rehatkan diri di rumah. tidur sepanjang hari diatas katil bujangku, dan berangan berkahwin dengan putera raja. Ciss, angan-angan mat jenin.
Senyum
So dalam perjalanan menuju ke sana, kepala rasa berat, mata terasa kuyu seolah-olah dipijak-pijak oleh bapak gozila. tak sampai sejam lebih perjalanan hidung berdarah. terkapai2 sahabat sorang ni nak berhenti dekat R&R. selesai bersihkan hidungku yang comel ni dari darah yang jarang sekali hidung ni berdarah, terus teriak panggil sahabat aku yang sorang tu pergi mencari air batu.
Aku: "weh, hidung aku berdarah ni"
Sahabat: "apa apa? kejap k!"
Aku: hidung berdarah la dol, ingat selesama tadi"
Sahabat: "ko baring, aku nak pergi amik ais ni"
Aku: "(sambil tahan dengan kain sapu tangan warna pink)
Sahabat: "panas sangat badan ko ni"
Aku: "tak tahu, tak tahu"
Sahabat: "ko gaduh dengan taik pun boleh buat hidung berdarah kan?"
Aku: "apa?!
Sahabat: "ko pergi la buang air besar, yang pegi tahan tu buat apa? korang bergaduh ek?
Aku: "hahahaha! cittt
ok bye.


March 90's






No comments:
Post a Comment