GengTiomanKeBali

Tuesday, November 24, 2015




Hai
Assalamualaikum.
Haaa hari ni nak bercerita pasal Bali. Punya la janji nak update story pasal Bali since bulan April lagi. Tapi semuanya hangat2 tahi unta jaa kan? Kohkoh.
Bila aku nak plan untuk travel nak dapatkan harga yang termurah dan terbaik, make sure ko dh plan awal atleast setahun awal untuk dapat tiket yang betul-betul murah masa bila ada combo promotions dari AirAsia, Malaysia Airlines atau Malindo Air sebab hanya tiga ni je yang selalu aku follow untuk travel setiap tahun. Aku ni bukan macam sesetengah yang lain naik flight international airlines mcm KLM or Emirates ka..seat pon ambik yang belakang sekali Economy class punye. HaHaHa sebab bila naik atas flight aku suka tidur..so janji aku sampai ke mana aku nak tuju kan! macamtuh..
11056624_1139445689416447_6856248636118728376_n 11892143_1139445639416452_3916570833315200910_n
So, before aku menulis kat sini dengan merapu dan menjela-jela (syok sendiri) aku nak share tips yang paling penting bila ko nak travel dengan kawan-kawan atau family sedara mara kau la. Make sure sebelum ko confirmkan nak travel or holidays dengan dorang ko selidik2 la dlu perangai dia..match ke tak dengan ko punye perangai. Masuk tak dalam line standard ko punye life style. I means korg ada chemistry tak? klu itu semua ada..ok proceed and go on to walk together. But klu TAK de tu semua, better ko jangan travel dengan dia sebab nanti ko punye holiday tu akan spoil dan buat ko sakit hati je. Takut-takut ko akan bermasam muka je dan ditinggalkan sorang-sorang kat tempat tu..haaa ko nak? so point dia..ko pilih la genk yang BETUL-BETUL atau kawan ko yang sekepala dan tak suka berkira. ok!
 
*kredit dekat Hasanah Don bcs dia yang booked kan tiket flight ni ada dapatkan harga yang BAEK PUNYA*
 
Perjalanan kiteorang mengambil masa dalam 2 Jam 50 minit macam tu, tak la lama sangat macam kau dari KL naik kereta nak ke Negeri Sembilan or Melaka kan. Tapi tak termasuk flight delay lagi. Lambat nokharom betul kena tunggu almost 1 hour baru boleh fly fly away.  Then..masa kiteorang sampai dekat Airport Ngurah Rai, Denpasar Bali semuanya berjalan dengan baik dan lancar even banyak juga la tapisan-tapisan Imigration dan kastam. Haaa tapi ingat kena sedia kan pen satu batang dalam beg engkorang. Sebabnya nanti once dah sampai je dekat sana terus kena isi form declaration tu. Benda tu memang wajib kena isi. Nasib Hasanah ada bawak pen lebih. So gilir-gilir la masing2 tunggu turn.
 
Btw Hasanah dah siap-siap buat Itinerary before terbang dan sampai ke Bali, keluar je dari Airport Ngurah Rai ni Kiteorang dah siap booking awal-awal Pak Supir dan terang terangan nama Hasanah Supir Roy tu pegang. Hahaha rasa macam best pulak sebab ada orang tunggu dekat airport. Kohkoh. Memandangkan kiteorang sampai malam and almost 11pm time tu, so Roy terus bawak kami ke Hotel tapi sebelum tu kiteorang singgah mini market nak beli air + roti bagai sebab dah malam sangat tak tahu nak makan apa + tekak jadi loya bila mana kepala kepala babi dorang jual tepi jalan. Hahaha.
 
Sampai je di hotel, kiteorang stay dekat The Flora Kuta Bali. Boleh tekan link ni (nama hotel kami menginap) kiteorang dapat bilik dia bahagian atas sebab receptionist tu ingat kami tak datang dan bilik kiteorang tu dia bagi dekat Mat Mat Saleh mana tah. Hati time tu pasrah jela sebabnya dah penat sangat and terus la lelap.
 
Day 2
 
The next day after Hasanah tegur receptionist, kiteorang dapat bilik seperti mana yang dijanjikan. Hahaha.
 
hotel-the-flora-kuta (1)
small_slide_33
11950434_1139445802749769_1652747318815773587_o
11898674_1139445746083108_3047917209713234582_n
11880638_1139445726083110_5847947104632519332_n
Lepas breakfast macam biasa Si Roy dah mai datang pickup kiteorang dekat Hotel. Bila jumpa Roy..dia cakap what next and dia minta Itinerary kiteorang yang kiteorang dah siap plan awal-awal. Then..bila dia tengok itinerary kiteorang ada beberapa yang dia cadangkan untuk kami pergi terlebih dahulu dan yang patut dan tak patut. Ok! kiteorang pon lepas tu decided utk serahkan kepada Roy je utk Explore Bali sebab dia dah banyak pengalaman dan tahu jalan yang sesuai mengikut masa dan hari kami selama di Bali ni. Kiteorang pon dh buang itinerary tu dan ikut suggestion pak supir tu je. ahaaaaaa senangnya! Tak yah buka paper and maps utk jalan-jalan..semua ada dengan Roy je. Best ok!
 
Pagi hari ke-2. Kiteorang terus dibawa oleh si Roy ke Desa Batubulan untuk nonton The Barong and Keris Dance sementara dalam on the way nak ke Kintamani and Mount Batur. Korg akan spent time kat sini about 2 jam lebih untuk manghayati jalan penceritaan tarian dia kat sini..dan akan dikenakan bayaran 100k rupiah. Kalau kau ni yang jenis tak cepat boring dan suka berimiginasi sendiri dan penuh penghayatan rasanya kau boleh la masuk kot ke tempat ini. Tapi macam aku, aku cepat boring dan terus lelapkan mata untuk seketika. Aku ingat aku sorang je.. toleh je belakang tengok Maya dah terlentok2 dah..hahahaha..Tp tarian tu Best.
 
11907169_1139445859416430_5929275449975726249_n
11934939_1139445509416465_5866970448331643720_n
11222078_1139445842749765_5602856502627672937_n
11873634_1139445912749758_5636389830434366925_n
11960142_1139445956083087_5235882315839459713_n
ok Next! kami terus ke Kintamani...Haaaaa ok tempat ni yang aku tak sabar nak share kat korg, agak2 korg? best ke tak nak share! aku rasa Kintamani ni tempat yang cantik dan kawasan dia sejuk. Tapi peniaga-peniaga dia di sini..over sales aku tak tahu apa ayat yang sesuai..senang kata, Dia akan paksa ko beli juga barangan dia walau apa pon cara dia nk buat..sampai ko nk menangis ke, nak mengucap dua kalimah syahada..HaHaHaHa, dia tak akan surrender jugak ok. Ko azan pon..dia akan paksa kau juga untuk beli jualan dia.."pak untuk laris barangan saya pak", Haaaa tapi nasib baik hati ni jenis keras sikit sebab dah set dalam kepala otak jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu depa sebab duit kau sikit je tukar time dekat Malaysia. Hahaha. Lagi satu aku nak pesan bila korang ke Kintamani tu (Tetapkan pendirian dan tarik nafas panjang-panjang sebelum keluar dari kereta tu ye) macamtuh..
 
11891147_1139445442749805_8139725636591376837_n 11880589_1139445412749808_6532406809512006390_n
Kebetulan time sampai Kintamani ni hujan pun turun then kiteorang decide nak pegi la makan. Kebanyakan makanan dekat Bali ni tak banyak pilihan. Tapi masuk restoran kena bayar 150k Rupiah untuk buffet. (kebanyakan makanan tak kena selera aku sebab dalam kepala otak dah set dah "ayam goreng tu sebenarnya tikus montok") hahahha :P
 
Aku terlupa nak share masa Day 2 yang kita orang ke Tegalalang Rice Terrace, Ubud Bali. Ok tempat ni memang cantik atas bukit dan korg akan nmpk satu pemandangan yang sejuk dengan kehijauan pokok dan padi bukit. Mungkin bagi kita orang asia lagi-lagi kat Malaysia pon banyak kot kan macam tu. Tapi yang peliknya dekat sini, sepanjang perjalanan dari Kintamani sampai la ke Tegalalang Rice Terrace ni, korang akan nampak patung patung budha yang berkelakuan pelik (18sx semuanya aksi) tapi benda ni benda biasa bg penduduk dekat sini yang kebanyakanya beragama Hindu.
11873409_1139449306082752_6360805567800862413_n 11951956_1139449272749422_59552419671474436_n
11902465_1139449246082758_8148346144724180137_n
Selain tu jugak bagi peminat peminat coffe, boleh la datang berkunjung dekat ladang ni. Pernah dengar Kopi Luwak?  Kopi Luwak ialah Biji Kopi yang terhasil daripada dimakan oleh Binatang Luwak atau Civet Cat (macam musang..tp bukan musang) bagi peminat kopi..kalau korang tak rasa sendiri Kopi Luwak ni memang tak sah untuk korang dpt title "coffee lover" sebab Kopi ni adalah kopi yang termahal di DUNIA..ko mampo? harga dia 50k rupiah untuk secawan kecil sahaja, duit kita dalam RM15 mcm tu lah. Memang rasa dia  sedap "kick" pekat dan kau akan rasa otak kau tengah berhubung dengan sel-sel yang lain. Rasalah!
11924573_1139451022749247_7593800707047431546_n
 
 
11899795_1139450929415923_2876377998048364217_n
11953121_1139450959415920_5469419744932524058_n
 
Day 3.
 
Pagi2 lagi Hasanah excited ajak berendam dalam kolam depan bilik hotel. Just aku dengan Hasanah je yang berendam excited lain macam. Maya pulak taknak join katanya sebab takut baju basah,,yang si Yana pulak terpaksa la jadi penonton sebab bendera merah. Hahaha okay macam2.. Lepas je breakfast and siap2 nak keluar jalan2 Explore Bali.  Memandangkan haritu hari terakhir explore Bali, Pagi tu macam biasa Roy dah datang tercegat dekat parking kereta sebab nak jempu kiteorang. Make sure korang bawak kawan2 yang jenis ramah tamah macam Maya. Habisnya dia sakat si Roy dari 1st day kiteorang datang. Memang riuh rendah la kalau duduk dengan Maya ni. Hilang masalah dunia. hahaha
 
Roy (pak supir) bagi tahu kami awal-awal dalam perjalan ke Tanah Lot dan Ulun Danu Tample ni akan mengambil masa selama 2 jam or 3 jam non stop. Okay la tu boleh Qado tidur.
11219063_1075118899182460_6276188153724902933_n
11949322_1139448876082795_1486157770943291532_n
11796210_1139448689416147_1226381140037295669_n
11951215_1139448612749488_6835254108169739575_n
 
11873492_1139451066082576_6884761801691267673_n
Masa kat Tanah Lot ni kami sampai dalam pukul 11 pagi macam tu laa, so dengan excitednya turun je kereta terus berdesup nak tengok pemandangan Tanah Lot macam mana. Tapi time tu boleh jumpa pulak dengan officemate lama Kak Rohaida tengah berhoneymoon dengan hubby dia. Hikhik. Just nak bagitahu ni,  dekat tempat tanah lot ni memang susah untuk nak cari makan kalau untuk Lunch. Banyak je gerai2 area dekat Tanah Lot ni. Tapi tak pasti halal ke idok la kan. Macam aku cite dekat atas tadi, kepala kepala babi pun dorang boleh letak dekat depan gerai. Apatah lagi dengan gerai gerai yang biasa? Kohkoh. Disebabkan terlalu panas bak hang, weols pun just makan aiskrim + air kosong jela nak alas perut.
(Btw view memang cantik no wonder la Bali ni salah satu tempat perlancongan + berhoney honey honey to the moon) hehhehehe
 
Okay sampai ke Bali jangan lupa mintak supir engkorang bawak pi dekat Pantai Pandawa. Serius cantik. Bgi aku jela nampak cantik. Orang2 lain tak pastilah kan. Hahaha. Dekat pantai ni memang kau akan cuci mata. Hahaha. Tengok awek2 mat saleh duk bersidai dekat tepi pantai dengan berbikini kan. Wallaaahh boleh naik juling mata mata cik abam kalau tengok. Hehehe.
11130423_1062807977080219_8798246234456153897_o
 
Siang beralih ke petang dan petang ke malam, masa tu Kiteorang terus ke satu stadium kecil, kat situ tempat dia kalau korg nak tgok Kecak Dance kena bayar 100k rupiah (seorang). Kalau korg akan perhati betul-betul tempat ni memang cantik dengan pemandangan laut, temple dan disatu puncak tepi laut..sambil-sambil tu akan dihiburkan dengan keunikan tarian Kecak..Cak Cak Cak Kecak! HaHaHa. It's beautiful and unforgettable moment. Kita tak la menghayati apa cara pemujaan dorg..anggap je lah itu satu hiburan dan budaya mereka untuk kita tahu dan belajar. Kecak dance memang kelakar, Tapi time ni berpeluh jugak lah sebab angin bayu dia panas sikit..sambil-sambil tengok sunset. PERFECT!
 Nak masuk dekat temple ni kena pakai kain dekat pinggang engkorang. Sapa yang pakai seluar pendek ke hape ke memang kena sarung something la bagi menghormati masuk dekat tempat2 suci dorang ni.
12068949_1161515093876173_5268799787907852281_o
11891224_1139448192749530_2312632669512814446_n
 
Haaa, Lupa nak cerita.. dekat Bali ni ada satu kedai makan yang aku rasa memang berbaloi kalau hari2 korang nak makan dekat sini. Nama kedai tu Nasi Tempora Indra. Masakan dia ala ala ayam penyet gitu. Serius weh sambal dia memang kick habis. Memang berbaloi2 makan dekat sini.
 
11898615_1139448749416141_3879776528120802658_n11905750_1139448716082811_6903409795432601906_n
Day 4
 
Haa memandangkan itu hari terakhir kiterong dekat Bali. Yana, Hasanah & Maya decide nak pergi jalan2 cari Baju Hard Rock dekat area Kuta Beach. But Iols jenis yang suka2 massage body ni. Sebabnya orang cakap Spa Spa dekat Bali ni bagus. So lepas je Roy datang pickup dekat hotel, aku bagitahu dekat Roy after 2 jam datang amik aku balik. Jangan biarkan aku terkapai2 sorang dekat Spa tu. And yes, Roy datang on time. Body massage dekat Bali memang terbaik. Lupa pulak nama Spa tu hape. Part yang dorang urut pakai Tumit kaki tu memang sedap gila! Hahahhaha
 
11889642_1139448422749507_692737860134592864_n
11960261_1139448379416178_3099918155062142147_n
 
So ini la supir kami. Roy namanya. Lepas snap pic ni Roy cakap dia nak. Dia mintak Hasanah whatsapp kan. And aku tak pasti dia bagi ke tak. Hopefully idok la kan. Hahahaha.
 
Okay then till we meet again. bye!

 
Copyright © 2016 Reserved to Yaya Nordin
Design by Cik Kumbang