Hi
Assalamualaikum.
Okay uols, tengok tajuk pun dah tau kan? Hahaha.. hari ni sis macam excited sikit nak menaip. At the same time, sis takut, nervous, gabra, cuak dan segala mak nenek la sis rasa perasaan takut tu. Bukan apa, pernah dah rasa mengharap setinggi gunung, last last jatuh tersungkur di atas bumi jua. Ewahh kemain ayat koooo. Hahahaha.
dah dah jangan nak lebih lebih. selalunya orang nak tunang ni ada checlist kan? tapi aku takde. sampai kena marah dengan Alia & Ika. apa taknya. lagi #21daystogo. Omg. cuak bhai. hahaha. but alhamdulillah, kebanyakkan hantaran aku, ramai yang nak sponsor. syukur.. :) so sis just keluarkan duit untuk barang2 hantaran. such as bakul, reben, gabus dll. bajet sis around RM200-RM250 gitu. taknak lebih. kalau kurang lagi bagus. hehehe.. (bukan kedekut, tapi berjimat. tunang je kot~~)
So hantaran utk pihak lelaki
1) Sirih Junjung (dalam bajet RM200-RM250 tu)
2) Cake (Sponsor by Kaktie & Kak Ain) - Thank you cousin2ku sayang ;)
3) Buah-buahan (Sponsor by Ibu Zura) Mak nya kepada Alia Zamir Hamdan - Thanks Ibu ;)
4) Manisan (Alia suggestkan buat Turkish Delight) - Thanks beby ucux ;)
5) Kemeja & Seluar or Sejadah & Al-Quran (Akan dibincangkan semula)
6) Jajan (Such as Cadburry kaa, Sumi kaa..itu pun akan dibincangkan semula)
7) Popia Cheese Yummylicious Yaya (Hahahaha, yang ni sis tak terfikir pun weh) Hiks..
Hantaran untuk pihak perempuan pulak, (ni Ibu Firdhaus yang bagitahu ea)
1) Sirih Junjung
2) Cake
3) Telekung
4) Coklat
5) Buah-buahan
Kalau ikutkan aturan yang sebenarnya, pasal hantaran ni tak perlu sebenarnya. sebab sis kalau boleh nak buat yang biasa biasa je. bukan apa, tunang je kan? lagi pun tak elok nak dihebah2kan. haaa tapi biasalah, Ayah sis kan orang lama. old school la katakan..orang nogori pulak tu.. haaa.. gasak la ko..hehehe.. lagipun orang tua sis ni kuat pada adatnya. Ayah sis pun request la cakap kena ada hantaran pulak. dari situ la sis rasa macam cacing kepanasan sebabnya dah bagitahu deka Ibu firdhaus takde tukar hantaran2 ni. Nak taknak kena la habaq balik ke Ibu Firdhaus ni. cadangannya nak buat 3-5, (Sebab ikut adat perempuan kena bagi lebih sikit, ikut number ganjil) kebetulan sis dapat tau Ibu Firdhaus nak datang kurang masa dari sebulan dari tarikh yang depa nak mai. Ahhhh..pening kepala sis ni memikor okeh.
Bab-2 gubahan hantaran, sis dah deal baik punya dengan cousin sis, iaitu Kaktie I. hehehe, sebabnya kan dia beriya2 nak buatkan untuk adik2 sedara dia ni tau. macam adik sedara yang sebelum ni pun dia yang buat kan, cantik okeh. haaaa kerlas. hehehe, so deal punya deal, dia tanya theme tunang nanti warna apa. haaaa..lagi la pening. sebab tak tahu nk pilih kaler apa. hohoho. last2 bila dah dapat baju baru la inform dekat cousin nak theme warna apa.. hehehe..pening okay sis nak cari baju yang sesuai.. ingat senang? semua orang mengharapkan sesuatu yang vahvahvoom gitu dari sis.. kehkeh..cari punya cari, sis jumpa baju ni :D thanks to Mia, sebab dia suggestkan this one dekat sis..korang ingat sis minat pink? harapan kay. harapan. hahahaha. tapi soft pink ni nampak kerlas gitu. nampak macam sesuai je kan? hehehehe..okay bab baju dah settle dah.
Sesapa yang rancang nak cari baju tunang, sis tak prefer sangat la beli online ni kan, tapi dalam situasi sis ni, sis pilih online. sis redho je bila dah sampai baju sis nnti. hehehe. tapi anything uols boleh pi tengok dekat insta depa dekat sini boongalalang banyak baju yang okay lagi kalau uols jenis scroll sampai habis. hahahaha
okay la sampai sini je. sebab tak best type sampai habis. nanti ada lagi part 2 part 3 dan part part yang seterusnya sehingga la majlis berjalan dengan lancar dan sempurna.
doakan sis kay? heee
#21daystogo #yayafirdhaus #countingdays



March 90's





